Puasa tahun ini Tajul Iman masih berusia 13 tahun. Birthday dia tak lama lagi, 15 Jun. 14 tahunlah anak ini pada bulan Jun nanti. Insya Allah jika aku masih diberikan peluang menjaga amanah dan hadiah dariNya ini. Ingin kurakamkan kpd semua beberapa cerita yg gembira, sedih dan menguji kesabaranku. Baru 2 hari Ramadhan. Inilah diari mereka:
Pada usia ini Tajul Iman masih belum mampu memahami apa erti Ramadhan dan puasa. Namun hatiku amat tersentuh. Malam Ramadhan yang pertama selepas ayahnya ke mesjid utk solat terawih malam pertama, aku di rumah bersamanya. Pelik, dia tak tahu membaca, menulis jauh sekali. Tatkala aku ke dapur menyediakan juadah utk bersahur, keluar dari mulutnya "sahur sahur sahur sahur" ikut macam gaya bekas bibiknya memanggil kami bersahur tidak lama dahulu. Maha suci Allah. Anak ini dapat merasakannya. Ini Ramadhan.....
Berpuasa keesokan harinya, anak ini jadi ujian pula kpd adik beradiknya yang lain. Mana tidaknya, dia makan dan minum di siang hari. Aku nasihatkan Azim, the only one normal son I have (in between Iman and Irfan), he's 12. Azim nampak sgt lembik sampai ke petang. Aku ingatkan dia supaya bersabar. Ini semua ujian Allah buat org yang berpuasa. Namum Irfan yg mild Autism berjaya digugat oleh Iman. Jam 10 pagi dia mintak makan. Adik janji "ecok adik puasa" katanya. Bukan main marah Si Azim,
Waktu berbuka kueh yang ku bheli buat makan berbuka terlebih dahulu dah di"cukai" Iman. Aku lupa menyembunyikannya. Seperti tahun-tahun sebelumnya anak ini makan dgn byk sekali. Gemuk metong kata org Tganu dia waktu puasa tahun lepas. Tak tahulah tahun ini. Kesan Risperidone yang aku gunakannya setiap mlm supaya dia boleh tidur awal rupanya terbukti menyebabkannya menjadi obes. Apa nak buat. Kali ini aku harus cari masa, Promote exercise not just to Iman but to the whole family! Ada hikmah atas setiap yg diturunkan oleh Allah buat kita semua.
Ujian paling berat dgn Tajul Iman tahun ini ialah cara dia "provoke" aku. Tatkala aku yg sedang kelam kabut menyediakan juadah berbuka, dia hampiri aku dengan meletakkan jarinya ke pipi dan mengugut selang 10 ke 15 minit menghampiriku yg sedang sibuk memasak dgn berkata :cakar cakar". Begitulah secara berterusan setiap kali aku di dapur utk menyediakan juadah sahur mahupun berbuka. "Istiqomah pulak budak ni mencakar mukanya hingga berdarah," bisik hati kecilku. Baru 2 hari Ramadhan, pipi kanannya dah bengkak dan bernanah dicakar. Pening kepala, sakit hati, geram, semua perasaan ini terpaksa ku tahan. Sabar jelah. Moga Allah berikanku kesabaran dan supaya aku sentiasa melihat akhiratku setiap kali aku melihatnya.
Bagi Irfan pula hari ini seperti yg telah dijanjikan kemarin, memang dia betul-betul bangun sahur dan berpuasa. Ternyata anak Autism ni tak pandai berbohong. Syukur 2 minggu Ramadhan kali ini sekolah cuti, dan anak-anak ini pun nampaknya gembira sekali. Harapnya pada masa kan datang Kementerian Pendidikan dpt merangka cuti sebegini di awal Ramadhan setiap tahun.
Hatiku sekali lagi tercuit dgn pertanyaan Irfan sejak pagi tadi, Geli perutku bila dia tanyakan soalan-soalan seperti:
'Bu kelip mata batal puasa tak?"
'Bu kentut batal puasa tak?"
'Bu kencing batal puasa tak?"
Hai berat gini. Dari pagi tadi muntah aku. Last sekali dia main komputer tak berhenti dari pagi aku pun terfikir. Aku kata:
"Dik main komputer lama2 batal puasa"... Berhasil... Berhenti terus dia menggunakan komputer tu. Rupanya ada anak begini kita sebagai parents kena SMART juga sesekali dalam berhadapan dgn anak-anak begini.....
No comments:
Post a Comment