Related Links

Tuesday 15 November 2016

ZIKIR TERAPI ASMAUL HUSNA

Zikir terapi di bawah telah dihantarkan oleh seorang teman kepada saya ke e mail tjlddn7@gmail.com. Pengirimnya telah berkongsi dgn saya akan satu zikir terapi yang diajarkan oleh Prof Wan Maseri, seorang pengamal terapi Asmaul Husna. Marilah sama-sama kita malkan zikir terapi ini. Mohon dgn Allah bersungguh2, serulah namaNya. Insyaa Allah. Sesungguhnya keajaiban itu akan didatangkan olehNya dengan izinNya juga.

ZIKIR UTK IBUBAPA ANAK AUTISM

Ya Baari', aturkan lidah anakku agar dia lancar berkata2


Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, ajarkanlah anakku untuk bercakap

Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami', alirkan kasih syg dlm jiwa kami agar kami dpt menyayanginya dan dia dpt bergaul dgn baik

Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, kurniakan kekuatan dan keteguhan kpd jiwanya kerana dia kurang keyakinan diri

Ya Majid Ya Hamid, kurniakan dia budi pekerti mulia dan sifat terpuji

Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakan dia ilmu, kebijaksanaan, kepintaran dan kecerdasan otak, khususnya untuk menghayati kitabMu

Ya Sobur, Ya Nur, Ya Hadi, Ya Fatah, kurniakanku kesabaran dan jalan utk mendidik anak ini

Ya Razzaq, Ya Muqit murahkan rezeki anakku ini

Ya Qohhar, Ya Latif, Ya Malik, pulihkan selera makan dan lembutkanlah hatinya untuk merasai pelbagai jenis makanan dan minuman yang Ya Razzaq rezekikannya

Ya Syaafi, sembuhkanlah semua penyakit anakku dan peliharakanlah kesihatannya, supaya dia beribadat kepada MU

Ya Qohhar Ya Latif Ya Malik, tundukkan dia kpMu, lembutkan hatinya dan balik2kan hatinya utk mendengar nasihatku

Ya Latif Ya Halim, kurniakan anakku kelembutan dan kesantunan

Ya Salam Ya Fatah Ya Syaafi, sembuhkan neuron dan saraf di otaknya dan Ya Mu'id Ya Muhyi, pulihkan fungsi otaknya


1 comment:

  1. Best Corporate Video Production Company in Bangalore and top Explainer Video Company in comments , 3d, 2d Animation Video Makers in Chennai
    Nice article. Very much informative. Keep writing and share information

    ReplyDelete