Related Links

Thursday 10 December 2020

 JEMPUTAN KE MESYUARAT AUTISM DAERAH DUNGUN


Setelah sekian lamanya saya berhasrat ingin memulakan langkah seterusnya setelah mewujudkan kumpulan whatsapp yang saya namakan sebagai "Autism Dungun", maka pada hari ini saya dengan rasa rendah hati ingin menjemput anda semua untuk menyertai mesyuarat Autism kali pertama di kalangan ahli kumpulan kecil kami di Dungun. Saya menjemput anda semua yang berada di seluruh Malaysia mahupun di luar Negara yang ingin menyertai kami dalam mensyuarat esok. Kerana saya percaya walau di mana pun anda berada, walau di Malaysia, Di Indonesia, Singapura, Brunei mahupun Thailand,selagi anda memahami Bahasa Melayu, selagi itulah anda mampu memberikan sokongan terhadap kami. 

Justeru itu isilah borang pendaftaran ini untuk tujuan Mesyauarat kali Pertama kami esok di link ini :

https://docs.google.com/forms/d/1a4_fJnIzjMH442eU04tQHlfj7Gadt0fI7wRF2N4tzGs/edit

Ini link meeting utk Autism meeting pada jam 10 nnt ye. Jemputlah semua https://meet.google.com/ejv-xzfc-bnp

Rakaman video mesyuarat akan saya kongsikan di Blog ini esok mulai jam 2 petang.

Sekian. Terima Kasih


Yang benar,

PUAN NORLAILA MAT TAHIR

Blogger Imanspecialboy

No Tel : 01126451058 (Puan Laila) / 01157688696 (suamiku Dr Tajulddin Muhammad)




Tuesday 1 September 2020

CABARAN SEBAGAI PENJAGA ANAK AUTISM SEMASA PKP

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa penghargaan kepada Ketua Unit Perhubungan Korporat En. Saifulizan Sidek yang telah menjemput saya ke studio TV Al Hijrah pada 25 Jun 2020. Saya telah diundang ke studio TV114 ini untuk berkongsi pengalaman tentang cabaran menjaga anak-anak istimewa autism sepanjang tempoh PKP ini. Antara hasrat yang ingin saya sampaikan kepada pihak kerajaan dan individu yang prihatin terhadap anak-anak Autism semasa PKP ialah: 1. kelonggaran untuk keluar dari rumah sementelah anak-anak ini merasa "lemas" jika "dikurung" di rumah sepanjang masa. 2. pemakaian pelitup muka (mask) tidak perlulah diwajibkan untuk anak-anak istimewa terutama yang bukan hanya Autism malahan yang Hiperaktif (ADHD). Ini kerana anak saya Tajul Iman seringkali mencabutkan tali mask berkenaan. Ianya melibatkan kos juga buat orang seperti kami. Bagi yang ingin menyaksikan semula siaran tertunda bagi slot Assalammualaikum yang merupakan penampilan pertama saya ke stesen TV, anda boleh klik ke link ini ye: https://www.facebook.com/tvalhijrah114/videos/696819687550001/

Saturday 25 January 2020

Autistic needs to be understood & explored ..

Indeed .. these so-called autistic people need to be understood & explored .. there is a reason why God has brought them down among all of us ... their birth is not to be insulted, viewed as cynical or hurt ... thank you for being a true teacher, parents & the community ... be smart in the world of autism prudently .. InshaAllah is a great reward for all of us Sesungguhnya.. insan terpilih ini yg dipanggil autistic perlu difahami & diterokai.. ada sebab kenapa Allah turunkan mereka di kalangan kita semua..kelahiran mereka bukan untuk dihina, dipandang sinis atau disakiti... terima kasih tak terhingga kpd insan yg bernama guru sejati, ibu bapa & masyarakat..terokailah dunia autism dgn berhemah.. InsyaAllah ada ganjaran besar menanti kita semua