Related Links

Tuesday 1 September 2020

CABARAN SEBAGAI PENJAGA ANAK AUTISM SEMASA PKP

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa penghargaan kepada Ketua Unit Perhubungan Korporat En. Saifulizan Sidek yang telah menjemput saya ke studio TV Al Hijrah pada 25 Jun 2020. Saya telah diundang ke studio TV114 ini untuk berkongsi pengalaman tentang cabaran menjaga anak-anak istimewa autism sepanjang tempoh PKP ini. Antara hasrat yang ingin saya sampaikan kepada pihak kerajaan dan individu yang prihatin terhadap anak-anak Autism semasa PKP ialah: 1. kelonggaran untuk keluar dari rumah sementelah anak-anak ini merasa "lemas" jika "dikurung" di rumah sepanjang masa. 2. pemakaian pelitup muka (mask) tidak perlulah diwajibkan untuk anak-anak istimewa terutama yang bukan hanya Autism malahan yang Hiperaktif (ADHD). Ini kerana anak saya Tajul Iman seringkali mencabutkan tali mask berkenaan. Ianya melibatkan kos juga buat orang seperti kami. Bagi yang ingin menyaksikan semula siaran tertunda bagi slot Assalammualaikum yang merupakan penampilan pertama saya ke stesen TV, anda boleh klik ke link ini ye: https://www.facebook.com/tvalhijrah114/videos/696819687550001/

No comments:

Post a Comment