Pos ini saya sediakan setelah beberapa rakan meminta saya forward e mail yang pernah saya hantar kepada warga UiTM sedikit masa dahulu. Mereka nak tolong forward e mail saya ni melalui whatsapp masing-masing. Justeru saya attach e mail berkenaan dalam pos terbaru saya ini khas bagi mereka yang ingin membantu saya untuk memanjangkan nya ke group whatsapp masing-masing, Anda yang ingin saya forward e mail ini kepada rakan e mail anda boleh memberitahu alamat e mail anda di blog saya atau text message/ SMS alamat e mail anda ke hp saya 01126451058 dan suami 0129628165. Pertolongan anda saya dahului dgn ucapan terima kasih. Hanya Allah jualah yang membalas jasa baik kalian. Sambil membaca e mail di bawah rasanya boleh dengarkan kisah Iman dengan klik pada ikon "Iman's Story on Air" tu.
Salam sejahtera buat semua,
Saya, Puan NORLAILA MAT TAHIR mempunyai 2 orang anak OKU penghidap Autism dan Hiperaktif berusia 13 dan 10 tahun. Abang (Muhammad Tajul Iman) merupakan severe Autism dan adik (Muhammad Aidil Irfan) merupakan penghidap mild Autism. Blog kami http://imanspecialboy. blogspot.com
Tajul Iman terpaksa diberikan ubat penenang (Retailin dan Risperidone) sejak 4 tahun dahulu bagi mengawal masalah tingkahlaku dan keaktifannya, namun sehingga kini masalah tingkahlaku beliau masih belum dpt diatasi sepenuhnya. Beliau masih sentiasa bermain air liurnya hingga bau hanyir tubuh dan pakaiannya sudah jadi biasa buat kami semua di rumah. Beliau masih suka mengoyakkan baju dan seluarnya, cadar katil, sofa serta merosakkan peralatan elektrik di rumah. Ini semua adalah contoh maslah tingkahlaku yang perlu diatasi dengan kadar segera.
Keadaan hidup kami sekeluarga juga makin mencabar dengan fenomena windscreen kereta dan sliding door pecah selang 3-4 bulan, skrin Telivisyen diketuk sehingga hilang gambar sehingga kami terpaksa akur dengan kejadian kerosakan TV 2-3 kali setahun. Mesin basuh kami baru sahaja dirosakkan oleh Tajul Iman pada minggu pertama Ramadhan. Semua ini sedikit sebanyak mengganggu kesihatan emosi dan komitmen saya sebagai wanita bekerja dan pada masa yang sama sedang meneruskan pengajian di peringkat Phd.
Anak ini juga jarang tidur malam. Kalau dia tidur pun, paling awal jam 4 pg setiap hari. Ini menjejaskan kesihatan saya sebagai seorang ibu berusia 45 tahun. Justeru Doktor Pakar menasihatkan saya agar anak ini menjalani terapi tingkahlaku sekerap mungkin krn dikhuatiri keadaanya akan bertambah serius jika ubahsuai tingkahlaku (Behavior Modification) tidak dilakukan dgn konsisten. Dengan adanya terapi yang konsisten, dengan izin Allah mungkin masalah tingkahlakunya akan dapat ditangani dengan baik dan saya sebagai penjaga pun akan dapat mengatasi masalah stress dan boleh mencapai kesimbangan antara kerjaya dan rumahtangga di samping dapat menamatkan pengajian di peringkat Phd yang sudah berlarutan selama hampir 10 tahun.
Seorang lagi anak saya, Irfan yang berusia 10 tahun pula tidak separah abangnya dari segi tingkahlaku, dia tidak mengamuk atau tantrum, namun sehingga sekarang dia masih belum faham bahawa dia harus mencuci punggungnya apabila selesai ke tandas. Justeru pihak saya memerlukan kos terapi yang agak besar untuk kedua2 anak ini kerana kedua2nya masih belum mampu menguruskan diri. Irfan masih belum kenal ABCD hingga sekarang ini, apa lagi mengira dan membaca. Justeru sumbangan kalian mungkin dapat memberikan peluang kpd anak2 ini utk mendapatkan pendidikan khas berkonsepkan “home tuition” yang ditawarkan oleh guru2 pendidikan khas.
Ini ujian buat saya bilamana anak ini dikenalpasti menghidap Autism parah selepas 2 bulan saya mendaftar sebagai calon Phd di UKM Bangi lama dahulu. Perjalanan Phd saya amat sukar, selepas beberapa kejadian termasuklah yang terbesar dimana kesemua borang soalselidik, alat radas serta laptop saya musnah dalam kebakaran selepas saya selesai mengumpul data pada November 2007. Pengumpulan data semula hanya berjaya ditamatkan pada Mac 2009. Walau bagaimanapun ujian yang bertimpa-timpa yg saya lalui banyak mengganggu kelicinan proses pengajian sehinggalah saya akur dgn penulisan tesis yang terbengkalai dan data yang telah obsolete kerana masih gagal menamatkan penulisan sehingga sekarang. Namun saya masih belum berputus asa dan masih ingin meneruskan pengajian walau dengan apa cara pun. Alang2 saya akan dikehendaki membayar balik ke UiTM dgn jumlah yg agak besar juga, saya akan teruskan semampu boleh. Saya yakin ada hikmah di sebalik semua ujian ini.
Saya terdorong memohon sumbangan ini kerana mendapati keadaan kesihatan anak saya Tajul Iman yang semakin merosot kebelakangan ini. Dia kerap mencakar mukanya hingga berdarah. Saya amat bimbang akan nasibnya setelah ketiadaan saya nanti. Siang tadi saya terserempak dengan seorang lelaki muda yang berjalan tidak berselipar di atas jalanraya. Menitis airmata memikirkan, apakah nasib Tajul Iman akan sebegini jika saya gagl memberikan pendidikan dan terapi sebaik mungkin buatnya sekarang ini pada usianya 13 tahun?
Tujuan saya memohon sumbangan ialah untuk memastikan anak saya dapat menjalani terapi ubahsuai tingkahlakunya secara konsisten. Ini kerana saya merasakan agak kurang mampu membiayai yuran terapi yang agak mahal (minima RM100 per sesi selama sejam)
Saya terdorong mengirimkan e mail ini kpd anda semua yang mungkin berpotensi memanjangkan e mail ini melalui facebook, Instangram mahupun whatsapp anda semua yang mugkin akan membantu saya menjalani ujian mencabar ini dan memberikan harapan besar untuk kemandirian hidup anak saya Tajul Iman setelah ketiadaan saya dan suami nanti. Saya ada membaca blog tertentu dari luar negara dan dilaman facebook, ada insan2 berhati mulia di luar sana yang sanggup membiayai terapi ubahsuai tingkahlaku anak saya dengan memberikan sumbangan secara bulanan.
Kadar terendah bagi terapi ubahsuai tingkahlaku yg saya temui di Dungun adalah agak tinggi. Paling murah utk Behaivoral Modification Therapy utk anak Autism ialah RM100 sejam. Terapi yang saya dapatkan di Hospital Dungun sebanyak sebulan sekali di Unit Rawatan Fisioterapi rasanya tidak memberikan kesan yang signifikan terhadap masalah tingkahlaku anak ini. Terapi tingkahlaku yang lebih kerap saya harapkan dapat membantu anak ini untuk mengawal tngkahlakunya.
Bersama e mail ini saya sertakan name card yang saya design bagi memohon sumbangan bagi saya menangani masalah tingkahlaku anak istimewa penghidap Autism parah saya iaitu Muhammad Tajul Iman. Saya tidak menyalahkan anak ini sebagai faktor kegagalan saya dalam meneruskan pengajian dan berkerjaya, namun keadaan kesihatannya yang agak meruncing boleh mempengaruhi kelicinan proses pengajian dan pekerjaan saya.
Minta kawan2 mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan kesabaran saya dalam melalui ujian ini. Sumbangan anda semua, hanya Allah jualah yang akan mampu membalasnya.
No comments:
Post a Comment