Innalillah.... Inilah sahaja ungkapan yg terkeluar dr mulutku sambil mengucapkan syukur padamu Ya Allah krn telah menyelamatkanku dalam kemalangan ini. Demi tanggungjawab ku yang lebih besar yang Kau amanahkan utk ku menjaga dua orang insan istimewa yang bakal menantiku di Jannah pada akhir nanti. Semua hairan krn aku sedikit pun tidak cedera padahal bonet depan kereta remuk menghampiri kedudukan ku di tempat pemandu. Kun Fayakun. Itulah janji Allah. Syukur Kau telah menyelamatkanku demi tugas dan tanggungjawab ku selepas ini.
Ku coretkan pengalaman ini, yg turut dipinjamkan Allah buatku. Atas permintaan ramai rakan2 tersayang yang selama ini menyokong ku dari belakang. Maha suci Allah, aku bersyukur krn Kau pinjamkan aku mereka ini sementara aku bermusafir di dunia.
Pagi itu, seperti biasa aku meneruskan rutin hidupku, Sang suami telah pagi2 berlepas ke Kuala Terengganu seperti biasa. Begitulah dia setiap hari sejak 4 tahun lepas. Ramai yang prihatin, sementelah mereka sedar betapa payahnya aku harungi kehidupan sepanjang siang hariku di Dungun, Ke kelas memenuhi tuntutan pekerjaan yang semakin berat hari ke hari. Semester ini dgn 18 jam seminggu dan 6 kelas berbeza dgn 3 subjek berbeza, yang pada mulanya amat berat ku rasakan, semakin menjadi ringan. Aku berdoa. Moga kepasrahan dan redha ku terhadap takdir Ilahi dengan zikir dan tasbihku mengiringi perjalananku setiap hari, kau berikanlah aku kekuatan Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Sambil aku terus berdoa agar pertukaran balik suamiku ke Dungun menjawat jawatan SIP + yg sebenarnya ada di PPD Dungun akan diluluskan juga akhirnya.
Suamiku bukan tak pernah memohon pertukaran ke Dungun, krn simpati dgn isterinya yang sering berkejar ke sekolah, ke tempat kerja atau ke bhg kecemasan Hospital Dungun bila mana Tajul Iman terpaksa dikejarkan ke sana (krn mencederakan dirinya sendiri hingga koyak dan berdarah sana sini) atau perlu dikejarkan ke bahagian berkenaan apakala Asthmanya menyerang. Namun tahun demi tahun kami tunggu. Ternyata Allah masih ingin terus mengujiku, Insyaa Allah, Demi Mu Yang Maha Besar, akan kuteruskan kesabaran ini.
Syukur krn pd masa kejadian hanya aku sendiri di dalam Exora ku. Rutin menghadiri kelas di awal pagi, (meninggalkan Tajul Iman di bawah penjagaan pembantu rumah harianku), dan kembali semula sekitar jam 10 atau 11 pagi untuk menghantarnya ke sekolah, Rutin ini ku lalui dgn penuh rasa syukur krn diberikan peluang berkhidmat utk suamiku tercinta, membantunya menguruskan keluarga kami dalam menjaga amanah dariNya.
Pagi itu aku agak tergesa2. Mana tidaknya, aku janji dgn anak didik ku di UiTM yang aku akan kembali segera selesai sahaja menyelesaikan tugasku sebagai seorang ibu. 15 min break yg biasanya ku berikan kepada pelajar ku bagi setiap kelas 2 jam, membolehkanku kembali ke rumah dan menghantar Tajul Iman ke sekolah. Anak ini, walaupun tidak normal, amat suka ke sekolah, hatta pada masa cuti sekolah pun aku harus menghantarnya ke sekolah bagi meyakinkan dia bahawa sekolah ditutup dan tiada sebarang makhluk di sana. Inilah pengajaran buat anak2 normal yg malas ke sekolah.
Hatiku telahpun berasa sesuatu sebaik keluar meninggalkan pintu utama UiTM. Mungkin inilah yg dikatakan bisikan dari para Malaikat yg meminta ku berjaga2. Namun aku abaikan. Peliknya pagi itu, aku tidak memulakan perjalananku kembali menjemput Tajul Iman dgn bacaan menaiki kenderaan, malahan Ayatul Kursi dan Selawatku buat Baginda Rasul turut ku lupakan. Keghairahan ku menjalankan urusan dunia pagi itu ternyata telah melalaikan ku mengingatiMu Yang Maha Pencipta, dalam setiap detik nafasku.
Ribut sgt kuat. Aku memilih utk tidak menggunakan air cond kerana ingin ku hirup udara segar dari pantai yg cantik kurniaan yang Maha Esa. Apa lagi dgn krisis kewangan yang ku hadapi, dibebankan lagi dgn kenaikan harga petrol, aku sering memilih utk tidak menggunakan air cond ketika memandu.. Namun selepas kejadian aku mendapat satu ilmu baru dari Sarjan Ramlee dan Abg Mat Terak yg mengingatkan ku supaya tidak sesekali membuka cermin di tepi kananku dan membiarkan cermin di sebelah kiri ku tertutup. Apabila angin kuat dari pantai bertiup kencang, Ribut berkenaan akan menolak keretaku, menjadikannya ringan dan akan terbabas dgn mudah.
Pagi itu aku memang memecut krn dlm fikiran ku aku harus SEGERA KEMBALI KE KELAS. Aku harus buat yg terbaik utk anak2 didik ku krn ini akan jadi persoalan di akhirat nanti.
Kereta ku pandu agak laju krn mengejar masa. Sebaik sampai di tepi kedai Mok Nik tepi Sek Men Sura, ku lihat ada pelepah Nyior yang berada di tengah jalan. Memang jelas di mataku bahagian hujung kanannya agak besar. Seperti biasa ku lenyek bahagian daunnya sahaja dan mengelak sedikit ke kiri jalan. Pd hari biasa tiada apa yg berlaku. Namun ribut yang dtg dgn laju pd hari itu menyebabkan seakan pelepah nyior tadi berpusing dan tersangkut di bawah tayarku. Ternyata pengalaman memandu selama 25 tahun belum cukup utk ku mampu mengawal power stering ku pada hari itu, Keadaan jadi agak panik ketika itu bila masa pelepah tadi seakan melekat di bawah kereta dan menghalang kelancaran pergerakan kereta ku. Tiba2 aku terasa keretaku seperti terbang dan tercampak ke tepi jalan dan aku langgar 3 buah kenderaan pegun lain yg sedang parkir di kedai makan di tepi jalan.
Keretaku tersasar ke tepi jalan selepas kemalangan. Bonet depan remuk dan aku tak bisa keluar dari pintu kananku krn ianya tak bisa ku buka, Macam melekat di situ. Justeru aku keluarkan diriku dari sebelah kiri pintu kenderaan ku. Beberapa orang di dalam kedai termasuk ketiga2 tuan punya kereta datang menghampiri ku dan memberikan bantuan mereka. Tidak dinafikan si pemilik kenderaan agak gagal mengawal kemarahannya. Ini salahku krn melanggar keretanya yg tak BERSALAH.
Pemilik kenderaan yg telah ku cederakan kenderaannya tadi merasa amat marah. Suara kerasnya menyebabkan airmata ku keluar bertaburan sambil menahan sakit di bahagian belakang kepala dan leher krn tadinya aku terhantuk ke stering kereta. Pelik juga mengapa air bag ini tidak berfungsi. Namun sebaik kemalangan itu berlaku, apa yang ada dalam fikiranku hanya ada Kau Ya Allah, Lindungilah aku yang pd waktu ini. Suamiku jauh (sejam perjalanan) di KT dan akan amat mustahil untuknya kembali segera padaku. Hanya Kau lah tempatku berlindung.
Keadaan menjadi redha seketika selepas itu dan aku yang basah kuyup sebaik keluar dari kenderaan tadi (hujan pd ketika itu) merasa agak tenang, apa lagi melihat Abg Mat yang datang melindungi ku. Aku mencari perlindungan di belakang jejaka ini, Takut2 aku dikasari oleh pemilik kereta yg tidak sengaja ku langgar tadi. Abang Mat Terak ni tak pernah ku kenal sebelum ini. Orgnya ternyata sgt baik, Sgt tenang. Dia mengajar ku dua perkara iaitu, sebaik kita ditimpa kemalangan, jgn lupa bersyukur kita selamat dan jgn buang masa. Terus telefon MANA-MANA LELAKI terdekat yg kita rasakan boleh tolong kita di tempat kejadian. Ini krn seorang wanita akan terdedah kepada perkara2 di bawah:-
1. Dikasari oleh orang yang dilanggar
2. Buat tindakan bodoh dgn membayar terus apabila diugut (sedangkan kita sendiri tak mahu kemalangan itu terjadi. Akurlah dgn Qada dan Qadar Allah. Tapi bukan semua org akan ingat setiap ujian itu dtg dariNya. Bertenang dan bersabar. Itulah yg membezakan tahap keimanan seseorang, iaitu berSABAR PADA WAKTU UJIAN MENIMPA).
3. Risiko kecurian. Lindungi barang berharga terutama dompet, atau barang kemas krn mungkin akan berlaku kecurian pd waktu kita dalam keadaan yang kusut pd waktu kejadian.
Selepas sejam suamiku sampai dr Kuala Terengganu. Aku mohon ampun dan maaf darinya krn menyusahkan dia pagi itu. Dia hanya tersenyum dan menyatakan yang dia bersyukur krn aku masih hidup, selamat dan akan jadi lebih kuat dgn belajar dari musibah yang diturunkan olehNya. Aku jadi tenang. Syukur Ya Allah, kau pinjamkan aku seorang teman sejati seorang suami yang juga seorang pelindung dan guru ku sewaktu di dunia ini. Kau panjangkan dan berkatilah umurnya agar aku menjadi lebih baik, menjadi lebih taat dan terdidik selepas ini. Pendapatku tentang orang lelaki yang SAYANG KERETA LEBIH DARI SAYANG ISTERI itu ternyata salah sama sekali. Tidak pada suamiku tercinta. Sampai ke hari ini, 3 hari selepas kemalangan, dia tetap tidak menyalahkan ku. Alhamdulillah. Make me feel better! Merasa disayangi juga.
Kerosakan ketiga2 kereta berkenaan agak parah. tepi kiri kenderaan masing2 agak terjeas. Taksiran mekanik yg ada di tempat kejadian, termasuk kereta ku, kesemua 4 kenderaan kami secara total akan memakan kos pembaikan setinggi RM30K.
Hanya airmata ku yang mengalir mengenangkan apakah caranya untukku membiayai kos2 pembaikan ini. Aku yang pernah bercuti secara total 10 bulan bersama suamiku saat anakku terpaksa diberhentikan dari Makmal Autism UKM dulu, telah sedikit sebanyak menjerat kami dlm masalah kewangan hingga ke hari ini. Ya Basit, Kau Lapangkanlah aku....
Setiap kejadian yang berlaku itu adalah pendidikan dariNya. Menurut kata suamiku, guruku yang paling kusayangi. Justeru aku kongsikan pengajaran yg ku dapati dari kejadian ini:
1. Sentiasa ingat pada Allah sewaktu ingin memulakan perjalanan. Ingat hanya kebergantunya kepadaNya bisa menyelamatkan kita.
2. Jangan panik, bertenang selepas kemalangan. Aku yang kebuntuan tadi secara tidak langsung berjanji sanggup MEMBAYAR kesemua kos kerosakan yg terlibat. Sepatutnya aku cari maklumat terlebih dahulu sebelum berjanji. Bukan ke masing2 ada insurans kereta, Buat apa aku yang penuh rasa bersalah ini rela membayar semua kos pembaikan yang akan di lindungi dan dibayar oleh insurans
3. Setiap kemalangan yang melibatkan perlanggaran harus segera dilaporkan ke balai polis. Ini membolehkan claim insurans di buat. Laporan polis menjadi bahan bukti terjadinya kemalangan.
4. Kalau ada angin kuat atau setiap kali kita buka cermin sebelah kanan kita, bukalah juga cermin di sebelah kiri, Ini utk membolehkan angin lalu dgn baik tanpa tersekat. Angin yang masuk dari kanan akan tersekat di kiri kereta krn tingkapnya ditutup. Ini akan MENGANGKAT kereta kita yg menyebabkannya lebih RINGAN dan mudah TERBABAS
5. Hubungi orang LELAKI terdekat yg kita kenal dgn lokasi kejadian secepat mungkin utk bantu kita di tempat kejadian, juga mengelakkan sebarang kejadian yg tak diingini juga sebarang ancaman yang ada di tempat kejadian.
6. Jangan buat sebarang perjanjian, walau pun secara verbal/lisan krn itu sedikit sebanyak akan menjerat kita kpd permasalahan lebih besar selepas itu. Dan yg paling penting:
7. Jangan pandu laju atau memecut apa lagi ketika keadaan sedang hujan atau ribut/angin kuat, krn pemandangan kita terbatas dan amat sukar membrek ketika sedang laju.
Justeru sekali lagi kpd kawan2 yg inginkan penerangan, boleh baca di blog saya sahaja krn saya agak sukar menceritakan seluruh kejadian, setiap kali ada yang menelefon. Ada juga kawan2 yang katanya tak sempat nak letak sumbangan di bilik rehat akedemik dan mereka hubungi saya utk minta no akaun bank. Rasa serba salah juga. Justeru saya berikan di sini no akaun Bank Islam NORLAILA MAT TAHIR 12029020643689 andainya kawan2 semua ingin menyumbang bantuan bagi meringankan beban. Ini kerana saya perlu menyewa kereta sepanjang masa kereta berada di bengkel utk ke tempat kerja dan utk menjemput dan menghantar anak2 ke sekolah setiap hari. Kalau ada antara kawan2 yang nak bagi pinjam kereta atau nak sewakan pada harga murah, dialu2kan juga. Bolehlah hubungi saya di talian 011-26451058. Saya dah tanya di sekitar Dungun. Harga sewaan kereta paling kecil seperti Perodua Viva menjangkau RM1400 sebulan.
Terima kasih atas bantuan, doa dan sumbangan semua para sahabat. terlalu besar nilainya pengorbanan dan sedekah kalian. Moga Allah memberi yang terbaik dan kesudahan yang terbaik buat kalian di dunia dan di akhirat. Amin.....