Related Links

Sunday, 3 July 2016

Ramadhan bersama Muhammad Tajul Iman,



Ramadhan bersama Muhammad Tajul Iman,

Tanggal 15 Jun 2016 genap umur mu 13 tahun..ketika ini kanak-kanak lain boleh dianggap sudah menempuh alam remaja..Namun hakikatnya dirimu tidak seperti mereka. Jika ibu bapa lain mungkin begitu berbangga dengan pencapaian 5A dalam UPSR anak masing-masing tapi tidak bagi dirimu.. Muhammad Tajul Iman (Iman), tika ini kau masih belum mampu bertutur. Yang engkau tahu ialah menjerit, menangis, meronta apabila kehendak mu tidak dituruti atau mereka di sekeliling mu tidak mengerti apa kehendak mu sebenarnya.

Pada umur 13 tahun, Iman masih tak mampu mengawal kencingnya, melepaskan kencingnya  sesuka hati. Dia masih tidak tahu menyayangi harta benda dan merosakkan barangan rumah seperti mesin basuh, peti ais, televisyen sesuka hatinya. Ini semua perlu dihadapi oleh seisi keluarga. Ini semua ujian Allah SWT yang harus kami hadapi dengan Redha.

Masyarakat luar mungkin belum mengerti apa itu “Autism & ADHD”. Rupa parasnya tidak menampakkan adanya kekurangan berbanding insan lain tetapi hakikatnya kau mempunyai dunia tersendiri yang sukar untuk insan lain mengerti. Justeru kami zahirkan blog http://imanspecialboy.blogspot.com bagi mendidik masyarakat akan apakah Autism dan apakah bentuk cabaran kami sebagai ibu bapa anak2 istimewa ini.

Berkatilah rezeki dan manfaatkan pahala sedekah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menyumbangkan sedekah anda buat terapi dan pendidikan khas anak OKU kami. Ini bagi membantu menangani masalah tingkahlaku anak kami melalui terapi ubahsuai tinglahlakunya, agar hidup beliau lebih terjamin pd masa hadapan. 

Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0511529000111162 atau hubungi ibu Iman-Pn laila 011-2645 1058
MOGA ALLAH MENAMBAHKAN REZEKI ANDA.


“ Kami mengalu-alukan sebarang bantuan dan sekurang-kurangnya share to friends”
Iman hurts himself

A common criteria for ADHD children is to hurt themselves, just to seek for attention!!. This week Iman starts his new behavior by scratching his face until blood comes out. His keeps on doing this again and again.



Challenges in ADHD children's behavior

I's just a snippet, never become my intention to grumble on this special gift from the God. But this is to show the facts on my son's behavioral problems involving all the mess and difficulties in our daily lives. We need some courage in coping up with his behaviors, everyday in our journey with him. With all our feelings of sadness, anger and frustrations. These photos of our car and house tells you everything...