Related Links

Thursday 15 June 2017

HAPPY BIRTHDAY SON (JUNE 15TH 2017)



Hari ini 15 Jun 2017, genap usia anakku Si Istimewa Tajul Iman 14 tahun. Saat anak-anak kalian yang seusia dengannya yang sudah ke Tingkatan 2, petah berkata-kata, Allah mengujiku dgn anak yang masih belum mampu berbicara secara normal. Selepas setahun terapi dgn bantuan anda semua, beliau dpt menghadiri terapi pertuturan (Speech Therapy) dan cara kerja (Occupational Therapy). Terima kasih. Hari ini dia sudah boleh menuturkan 2 perkataan, memberitahu apa yang dingininya. Doakan saya mampu merawat anak ini dan mendapatkan pendidikan dan terapi terbaik buatnya. Sekarang saiz Tajul Iman lebih tinggi dan besar berbanding saya. Sekarang kalau dia tantrum (mengamuk) saya masih boleh memeluknya kuat2. Tapi 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? Takut boleh mengancam keselamatan saya kalau dibiarkan tanpa dirawat. 

Meskipun Ramadhan kali ini saya sambut dgn perubahan tingkahlaku yang agak luar biasa " dia menjerit2 "Air Air Air" sepanjang masa memenuhi ruang telinga kami. Sekali sekala mencakar mukanya, namun tak separah tahun lalu sehingga berbekas dan bernanah seperti Zombie. Kali ini cuma luka-luka kecil, walaupun agak menyakitkan mata dan jiwa saya yg tak tahan melihat darahnya keluar setiap kali dicakar mukanya.

Suaranya juga semakin besar sementelah sedang melalui peralihan usia baligh. Jeritannya agak kuat juga setiap masa. Alhamdulillah anak-anak saya yang lain sudah dapat menerima kebisingan ini. Kakak yang akan hadapi Peperiksaan SPM dan Azim yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Doakan mereka dapat hadapi situasi ini dgn baik dgn gangguan ketika belajar dan gangguan ketika tidur juga. Mana taknya, Iman biasa stay up till morning! 

Doakan  kami sekeluarga kekal tabah dan redha dgn ujian. Syukur pengalaman yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa kepada anak-anak saya mampu mendidik anak-anak ini dgn KESABARAN apa lagi di saat mereka berlapar di siang hari. Moga istiqomah kami dgn kesabaran mendapat redha Ilahi.

Bagi saya pula jeritannya sepanjang saya memasak di dapur, dgn kekalutan yang ada tanpa ada pembantu rumah seperti dulu kadang-kadang agak menguji kesabaran. Apa lagi waktu perlu mengejar waktu bersahur dan berbuka. Saya lihat anak ini ada kecenderungan memasak juga. I'll develop him to become a Good Chef one day. Insya Allah. 

Tapi kecenderungan memasaknya sesekali membawa kesudahan yang negatif. Pinggan mangkuk pecah, sayur dipotong hancur, serta sesekali ada menu extra dalam makanan dsb. Tengok keadaan, kalau ianya benda kotor, makanan terpaksa dilupuskan. Ingat lagi suatu ketika saya masak mee sup dan tinggalkannya di atas dapur utk mengambil pakaian di luar rumah, dia masukkan garam sebanyak-banyaknya dalam kuah. Kami akur dgn terpaksa membuang mee berkenaan dan saya masak pula masakan lain. 

Tentang hala tuju pendidikan anak ini, nampaknya Sek Men Sura yang ada Pendidikan Khas Integrasi pun nampak belum sesuai untuk mendidik Anak Autism Parah sepertinya. Anak2 Autism sepertinya kena ada sekolah khusus. Tak boleh campur dgn kanak2 istimewa lain. Lain cara pendekatannya. Justeru sehingga ke hari ini saya masih lagi belum berputus asa utk membangunkan Pusat Pendidikan Anak-anak Autism dgn modal sendiri. Saya dah tak larat nak kemukakan kertas cadangan, menghantarnya ke sana sini bagi memohon bantuan kewangan. Semuanya gagal sejak tahun 2013. Justeru kali ini usaha terkini yg kami jalankan ialah pembinaan TJL Garden Homestay di Jalan Melati. Mintak kawan2 war2kan tentang projek Homestay kami, satu sumber dana utk rawatan dan pendidikan anak2 istimewa kami. Muhammad Tajul Iman (severe Autism) dan Muhammad Aidil Irfan (mild Autism).

Anak saya Aidil Irfan pula tidak agresif spt abangnya, namun sgt lambat dari segi kemahiran motor. Apa yang dipegang sering terjatuh, pecah, atau tumpah. Ibu seperti saya selalu kena jadi seperti Cinderella setiap kali dia menumpahkan makanan di lantai. Sabar tapi SAKIT! Maklum saya cuma manusia biasa. Ada nafsu Amarah. 

Akhirnya saya sertakan bersama namecard baru dgn promosi TJL Garden Homestay di Dungun. Ada salah sikit sebab microwave sahaja tanpa "oven" tercatat di situ. Maaf atas kesilapan. Kami sedang menyediakan dapur utk emmasak juga. Tolong promote kpd ahli keluarga dan kawan2 ye. 

Sekian. Jgn lupa doakan kami. Lebih2 lagi meniti 10 malam terakhir  Ramadhan yang penuh Barakah dgn Lailatul Qadar. Bersama kita berusaha mencarinya. 

Wassalam.

NORLAILA MAT TAHIR
011-26451058







2 comments:

  1. Allahu.. terkesan sungguh saya membaca tulisan Puan. Saya juga sedang membuat phd.. sering terleka dek kerana urusan anak2 dan ibu yg sakit... tapi bila membaca diari Puan, terasa ringannya beban seharian saya T_T. Ya Allah, permudahkanlah urusan Puan Norlaila dalam menguruskan anak2nya.. amin. InsyaAllah kalau saya berpeluang ke Terengganu, akan diusahakan untuk menginap di homestay Puan. Homestay Puan ada Facebook tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sayang akak lambat reply ini page facebook homestay kami https://m.facebook.com/tjlgardenhomestay.tajul.3?pn_ref=friends_search

      Delete