To the parents whom their names are mentioned here, I'm asking for your blessings to make it unveiled to the public. Here are some of my answers to the parents e mail. I'm sorry most of the e mail will be in Malay language as I got some local e mail in my inbox.
Letter 1 (21st Jan 2015)
saya xtau nk mulakan macam mana
Cenilah saya nk mintak nasihat and pandangan Mdm Laila
Saya ade bace blog puan Tajul Iman Autism child: Contact Us
Saya suspect anak saya autism, umur dia sekarang 3 tahun. belum pandai cakap
dulu dia ada sebut mama, sekarang da xsebut, dia boleh sebut apple tapi xbole sebut mama
Saya belum jumpa psychiatrist utk diagnose..Saya da call NASOM untuk buat appointment, tp waiting list byk, lg 6 months baru boleh diagnose.
Dia sangat hyper, susah nak tdo malam, selalu tido pukul 2, tp ada sekali tu tido pukul 5,
dan byk lagi ciri2 xmacam budak biasa
saya nak mintak pandangan n nasihat Mdm , apa yg perlu saya buat dan perlu tahu pasal autisme ni
Budak2 istimewa macam ni sekolah kat mana ye? Ada yg goverment punya x? Saya duduk kat Seri Kembangan
Saya baca blog Mdm, Mdm seorang yg kuat jaga anak istimewa Mdm Iman
Saya xtau nk mulakan macammana, saya lost
MY ANSWER:
Salam,
Adik sayang, next time kalau ada e mail apa2, you SMS
akak bg tahu ada e mail something kat tjlddn7. Akak ni busy sgt, since I'm
still working and Tajul Iman is severe Autism. Faham2 jelah. So sorry coz
lambat reply. Please text to me your contact no ye dik.
Adik
sayang, jangan tension dulu. Bertenang. Kak Laila rasa most probably anak adik
ada ciri Autism, tapi jgn melatah dulu. Pertama, terima hakikat ini dulu. Redha
sayang. Dlm pada tu doa supaya anak adik BUKAN autism. Akak baru jumpa satu
buku karangkraf bertajuk "GENIUS DARI SYURGA" tulisan Ainizal Abdul
Latif. Adik cuba cari buku ni dulu sebab Kak Laila rasa dgn baca buku ni adik
boleh tambah memahami apa itu Autism dan cuba cek or diagnose sendiri adakah anakmu
ini Autism. Jangan label anak ni dulu sayang. Ianya akan sgt pengaruhi emosi
kita.
Bila
baca buku ni adik akan lebih tenang dan soalan adik pada akak tadi akan
terjawab. Tips utk jangka waktu sekarang ialah tarik nafas dalam2, Istighfar
pada Allah. Ingat jika anakmu memang Autism, langkah pertamamu ialah SABAR,
REDHA dan SYUKUR krn kau terpilih. Adik Allah syg kat kita maka kita diujiNya.
Then
cari ilmu, cari buku tu tadi, buku2 lain juga termasuk yg ada kat blog akak tu.
Tapi utk langkah drastik, bawak anak ke Hospital Serdang dulu. Gi klinik pakar
Pediatrik (Kanak2) but before that dapatkan surat refer dari panel klinik dulu
atau surat dari klinik kerajaan. Terus terang bagi tahu orang kat hospital yg
adik nampak anak ada sedikit ciri Autism dan nak diagnose. This will take some
time. Sabar, akak dulu dah 5 appointment baru fully diagnosed. Dah pasti anak
tu Autism jgn tunggu, Mintak surat pengesahan doktor pakar dan buat kad OKU. Eh
jgn rendah diri sayang. Bila buat kad ni anak tu akan layak elaun RM150 sebulan
(yg akan dibyr 2 kali setahun ie Jun and Dis).
Kalau dia dah umur 7 tahun nanti
bawak surat pengesahan doktor, gi ke Pejabat pendidikan Daerah (PPD), PPD akan
keluarkan surat utk bawak anak ke sekolah yang ada pendidikan khas (PPKI) coz
di sana anak adik akan ditemuduga utk
pastikan boleh tak dia diterima masuk ke PPKI. Jangan harapkan pendidikan di
PPKI saja coz kat sana mereka tak fokus utk pendidikan anak2 Autism, tapi
macam2 jenis kelainan upaya ada kat PPKI dalam Government school sekarang.
Kalau ada duit hantar dia kat mana2 Autism Centre atau therapy. Akak ada
seorang kawan yang run Autism centre kat Seri Kembangan. Cikgu Fadliana. No dia
017-3627552 atau 017 3279389. Untuk cari alat bantu mengajar anak Autism, kawan
akak si Marliza ada kedai di Batu Caves dan kedai onlione dia kat facebook MOMS
& TOTS. No hp Marliza 0192303549
(orang ganu kite ni).
Lepas
dapat appointment demi apmt, jgn tunggu kptusan diagnose baru kita nak
bertindak. Teruskan cari ilmu, baca buku dan apply teknik2 yg buku2 atau pakar2
tu sarankan. InsyaAllah, doa selalu, mana tahu dgn kesungguhan dan istiqomah
adik, anak adik ni takkan SEMPAT jadi Autism betul.
Tapi
kalau sebaliknya kau Redhalah. Jangan jadi macam Kak Laila dulu. Dek kerana nak
mengejar cita2 sgt, akak jadi macam tak redha, salahkan Tuhan. Sayang, masa tu buta betul mata hati akak. Syukur akak masih
boleh bertaubat, sekarang akak puashati. Akak redha, let go dulu Phd yang akak
kejar utk kepuasan dan nikmat dunia dan alihkan sepenuh tenaga utk penyembuhan
anak. Yang lebih penting ialah cara bagaimana kita belajar redha, memahami
dunia anak ni dan jangan lupa ujian demi ujian akan dtg bertali arus.
Bersedialah dan laluinya dgn sabar. Tu biasa dik. Ingat redha redha redha, jgn
byk menangis tapi mengadulah pada Allah. Mulakan solat dgn sempurna, mulakan
solat malam, keluarkan airmata tu sambil mohon keampunanNya. Akak cukup
tersentuh hati bila ex cikgu Matrikulasi akak jumpa akak dia kata. Sabar
Laila.,Allah rindukan suaramu merintih memohon padanya. Barulah akak sedar
yang selama ni berdoa pas solat pun akak kurang bersungguh2.
Lalui
semua ujian ni mcam you masuk exam. Makin tinggi darjat yg Allah nak bagi you,
makin besarlah ujiannya. Jangan buat macam Kak Laila, akak marah Tajul Iman,
jerit dia, pukul dia, sebenarnya tu akan tambahkan dosa kita. Ingat SABAR SABAR
SABAR tiap saat. Ladang pahala tu dik.
Dalam
pada penuhi siri2 appointment yg akan diberikan oleh hospital adik teruskan
baca baca dan baca sambil siapkan diri utk terima anugerah Allah ini. Ni tgh
dgr lagu Arjuna Beta dari Fynn Jamal. Buka kat you tube, dgr lagu ni. Kita jadi
ibu pasti tenang. Anak angkat dia ni pun hidapi Autism dik. Ok je hidup dia.
Gembira sakan lagi. Ingat Allah nak kita makin dekat denganNya maka kita
didekatinya dgn cara ujian2 ini.
Sayang,
akak kesuntukan masa. Byk keje today. kalu rasa rindu atau down, just text akak
dulu 01126451058, ni talian Digi. Tya Kak Laila, I'm Shafinas, can I call you
now? Pasal Autism ni. Then akak akan reply. Maaf terpaksa apply cara ni coz
dalam menangani Tajul Iman tiap hari there are too much of cries, akak takut
masa you call tu akak sdg nangis atau dalam bilik kuliah di UiTM. Masa mengajar
we got to silent the phone. Sayang ingat cakap akak. Lalui dgn tabah, Kalau dia
tak tido malam cuba buat dia penat petangnya, bawak gi main kat taman, kasi dia
penat, nanti cepat dia tido malam. Ada hikmahnya ni. As a mom kita pun leh
kurus juga. Kalau blh jgn bagi tido byk siang. Tak tido langsung lagi baik.
Ingat find time for him. Adik keje ke? Kalau keje kena ada beberapa strategi.
Nanti from time to time akak ajarkan.
So
akak pen off dulu. Take care dear. Ingat Allah sayang kita. Oh ye please dengar
radio ikim selalu. Kalau di tpt adik tak silap akak 91.5 FM. cari ikimfm.my dan
dengar online. Also kalau nak cepat dapat link ke radio station ni like fb
akak "kelab nutrisi Herbalife Norlaila" dan cari post pasal Ikim
radio. FB ni bukan utk kesihatan jasmani je dik tapi tips tentang kesihatan dan
sains makanan. Bidang pengajian akak. Bagi tahu kat friends di facebook you
tentang kelab akak ni ye. Akak nak saham akhirat ni. Kat fb ni I ada byk post
utk DUNIA & AKHIRAT. Ada BFM station juga. Enjoy listening. My favourite
radio station! Boleh improve English lagi. I use to tell my students at UiTM.
This is the correct channel for them to improve their English communication!
Love
you always...Ingat Allah, jaga solat, istiqomah dalam melakukan amal soleh. Jangan lupa zikir
zikir zikir selalu. Ini kekuatan kita as a MUSLIM. Rugi dapat anak istimewa
tapi kita tak cari peluang dekatkan diri dgn Allah.
Sekian.
Wassalam. I'm waiting for your call dear!
No comments:
Post a Comment