Related Links
Saturday, 25 January 2020
Indeed .. these so-called autistic people need to be understood & explored .. there is a reason why God has brought them down among all of us ... their birth is not to be insulted, viewed as cynical or hurt ... thank you for being a true teacher, parents & the community ... be smart in the world of autism prudently .. InshaAllah is a great reward for all of us
Sesungguhnya.. insan terpilih ini yg dipanggil autistic perlu difahami & diterokai.. ada sebab kenapa Allah turunkan mereka di kalangan kita semua..kelahiran mereka bukan untuk dihina, dipandang sinis atau disakiti... terima kasih tak terhingga kpd insan yg bernama guru sejati, ibu bapa & masyarakat..terokailah dunia autism dgn berhemah.. InsyaAllah ada ganjaran besar menanti kita semua
Monday, 23 April 2018
Tajul Iman cherishable memories at MAia UKM 2010
My son really enjoyed himself so much from the year 2009 - 2012. That was the time when the God let him to spend his sweet time at UKM Autism Lab until our Family's Tsunami took place in July, 9th 2012. That was his TERMINATION day from school. He regressed a lot. Until I had to say GOODBYE to my Phd in Food Science and Nutrition! I "redha" if the Phd is NOT mine but what I regret a lot is that I didn't do anything to FIGHT FOR HIS RIGHT for EDUCATION.
Friday, 30 March 2018
ANTTENDED JOHOR AUTISM INTERNATIONAL SUMMIT 2018
Perbezaan Ujian daripada Allah SWT kepada Ahlul Afiyah & Ahlul Musibah
Kepada temanku sekalian yang sama-sama diuji dgn anugerah anak istimewa ini sama-sama kita renung hikmah di sebalik perancangan Allah, perancang yg Maha Bijaksana. Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Dia ingin MEMBERIKAN YG TERBAIK BUAT KITA iaitu SYURGA yang kita RINDUKAN.
Sunday, 25 March 2018
JOHOR AUTISM SUMMIT 2018
I would be proud to tell you that I will be attending JAS 2018 at Berjaya Waterfront Hotel JB from 29-31 March 2018. I was invited as a speaker during the summit and my session will be at 2.00 pm on 31 st march at 2.00 pm.
Wish me best of luck. See you there in JB. Will keep you more updates later when I came back from JB. Insyaa Allah
Wish me best of luck. See you there in JB. Will keep you more updates later when I came back from JB. Insyaa Allah
Monday, 14 August 2017
Tajul Iman In School
Friday, 11 August 2017
Sambutan sederhana di Eidulfitri 2017
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah SWT kerana mengurniakan hari kemenangan kepada kepada seluruh umat Islam. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat hari Raya Eidulfitri dan maaf zahir batin. Kami sekeluarga bersama Muhammad Tajul Iman & Muhammad Aidil Irfan beraya di Rembau Negeri Sembilan dengan gaya sederhana..semoga Allah sentiasa menambah rahmat dan keberkatan kepada kita semua..Aamiin ya rabbill Allamin
Thursday, 15 June 2017
HAPPY BIRTHDAY SON (JUNE 15TH 2017)
Hari ini 15 Jun 2017, genap usia anakku Si Istimewa Tajul Iman 14 tahun. Saat anak-anak kalian yang seusia dengannya yang sudah ke Tingkatan 2, petah berkata-kata, Allah mengujiku dgn anak yang masih belum mampu berbicara secara normal. Selepas setahun terapi dgn bantuan anda semua, beliau dpt menghadiri terapi pertuturan (Speech Therapy) dan cara kerja (Occupational Therapy). Terima kasih. Hari ini dia sudah boleh menuturkan 2 perkataan, memberitahu apa yang dingininya. Doakan saya mampu merawat anak ini dan mendapatkan pendidikan dan terapi terbaik buatnya. Sekarang saiz Tajul Iman lebih tinggi dan besar berbanding saya. Sekarang kalau dia tantrum (mengamuk) saya masih boleh memeluknya kuat2. Tapi 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? Takut boleh mengancam keselamatan saya kalau dibiarkan tanpa dirawat.
Meskipun Ramadhan kali ini saya sambut dgn perubahan tingkahlaku yang agak luar biasa " dia menjerit2 "Air Air Air" sepanjang masa memenuhi ruang telinga kami. Sekali sekala mencakar mukanya, namun tak separah tahun lalu sehingga berbekas dan bernanah seperti Zombie. Kali ini cuma luka-luka kecil, walaupun agak menyakitkan mata dan jiwa saya yg tak tahan melihat darahnya keluar setiap kali dicakar mukanya.
Suaranya juga semakin besar sementelah sedang melalui peralihan usia baligh. Jeritannya agak kuat juga setiap masa. Alhamdulillah anak-anak saya yang lain sudah dapat menerima kebisingan ini. Kakak yang akan hadapi Peperiksaan SPM dan Azim yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Doakan mereka dapat hadapi situasi ini dgn baik dgn gangguan ketika belajar dan gangguan ketika tidur juga. Mana taknya, Iman biasa stay up till morning!
Doakan kami sekeluarga kekal tabah dan redha dgn ujian. Syukur pengalaman yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa kepada anak-anak saya mampu mendidik anak-anak ini dgn KESABARAN apa lagi di saat mereka berlapar di siang hari. Moga istiqomah kami dgn kesabaran mendapat redha Ilahi.
Bagi saya pula jeritannya sepanjang saya memasak di dapur, dgn kekalutan yang ada tanpa ada pembantu rumah seperti dulu kadang-kadang agak menguji kesabaran. Apa lagi waktu perlu mengejar waktu bersahur dan berbuka. Saya lihat anak ini ada kecenderungan memasak juga. I'll develop him to become a Good Chef one day. Insya Allah.
Tapi kecenderungan memasaknya sesekali membawa kesudahan yang negatif. Pinggan mangkuk pecah, sayur dipotong hancur, serta sesekali ada menu extra dalam makanan dsb. Tengok keadaan, kalau ianya benda kotor, makanan terpaksa dilupuskan. Ingat lagi suatu ketika saya masak mee sup dan tinggalkannya di atas dapur utk mengambil pakaian di luar rumah, dia masukkan garam sebanyak-banyaknya dalam kuah. Kami akur dgn terpaksa membuang mee berkenaan dan saya masak pula masakan lain.
Tentang hala tuju pendidikan anak ini, nampaknya Sek Men Sura yang ada Pendidikan Khas Integrasi pun nampak belum sesuai untuk mendidik Anak Autism Parah sepertinya. Anak2 Autism sepertinya kena ada sekolah khusus. Tak boleh campur dgn kanak2 istimewa lain. Lain cara pendekatannya. Justeru sehingga ke hari ini saya masih lagi belum berputus asa utk membangunkan Pusat Pendidikan Anak-anak Autism dgn modal sendiri. Saya dah tak larat nak kemukakan kertas cadangan, menghantarnya ke sana sini bagi memohon bantuan kewangan. Semuanya gagal sejak tahun 2013. Justeru kali ini usaha terkini yg kami jalankan ialah pembinaan TJL Garden Homestay di Jalan Melati. Mintak kawan2 war2kan tentang projek Homestay kami, satu sumber dana utk rawatan dan pendidikan anak2 istimewa kami. Muhammad Tajul Iman (severe Autism) dan Muhammad Aidil Irfan (mild Autism).
Anak saya Aidil Irfan pula tidak agresif spt abangnya, namun sgt lambat dari segi kemahiran motor. Apa yang dipegang sering terjatuh, pecah, atau tumpah. Ibu seperti saya selalu kena jadi seperti Cinderella setiap kali dia menumpahkan makanan di lantai. Sabar tapi SAKIT! Maklum saya cuma manusia biasa. Ada nafsu Amarah.
Akhirnya saya sertakan bersama namecard baru dgn promosi TJL Garden Homestay di Dungun. Ada salah sikit sebab microwave sahaja tanpa "oven" tercatat di situ. Maaf atas kesilapan. Kami sedang menyediakan dapur utk emmasak juga. Tolong promote kpd ahli keluarga dan kawan2 ye.
Sekian. Jgn lupa doakan kami. Lebih2 lagi meniti 10 malam terakhir Ramadhan yang penuh Barakah dgn Lailatul Qadar. Bersama kita berusaha mencarinya.
Wassalam.
NORLAILA MAT TAHIR
011-26451058
Monday, 12 June 2017
SIMPOSIUM AUTISM & ADHD di KEMAMAN (8 Mei 2017)
Banyak ilmu yang saya dapat sepanjang sehari menghadiri simposium ini. Moga perkongsian saya bersama sekalian yang hadir dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
![]() |
| AUTISM & ADHD SYMPOSIUM ON MAY 8, 2017 AT MPK KEMAMAN |
![]() |
| AUTISM & ADHD SYMPOSIUM ON MAY 8, 2017 AT MPK KEMAMAN |
![]() |
| AUTISM & ADHD SYMPOSIUM ON MAY 8, 2017 AT MPK KEMAMAN |
Subscribe to:
Posts (Atom)














